The main aim of The Malaysian
Ghost Research is to share the documentation through
research about the existence of life after death. Our mission is to
share information and/ or to help change the perception of peoples’
narrow view about this mysterious world, through scientific research
methods using a digital camera, video and audio recording.
About Our Research
The Malaysian Ghost Research
is the premier paranormal website online
in Malaysia and our collection of non-dust ghost orbs, ecto,
human shaped apparitional ghost photos, ghost videos and EVPs is the
largest collection online. The collection mostly comes from the solo
investigations by a professional paranormal investigator and ghost researcher, and from our
professional sub-team investigators based in Beluran, Sabah. The
dust orb found on this site is only for comparison purposes.
Untuk menentukan supaya
laman ini terus memberi perkhidmatan percuma diharap para
pengunjung dapat membantu mengekalkan laman web ini sebagai
sumber percuma dan [
menandatangani buku pengunjung
].
Tajuk Kajian:
Kepelbagaian bentuk
muka bumi, potensi dan kesan kegiatan manusia ke atas sumber
hutan dan air di Yan serta perbandingan dengan kesan kegiatan
manusia di Gurun, Kedah.
Kajian kepelbagaian bentuk muka bumi, potensi dan kesan
kegiatan manusia ke atas sumber hutan dan air yang telah
dijalankan di Daerah Yan dan di Daerah Kuala Muda adalah
bertujuan untuk melihat prospek masa depan sumber alam semula
jadi yang menghadapi risiko kemusnahan akibat daripada kesan
kegiatan manusia yang akhirya merugikan bukan sahaja penduduk
setempat dan negara tetapi juga merupakan kerugian sejagat.
Dalam pada itu, hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat
sedikit sebanyak kesan negatif kegiatan manusia terhadap sumber
alam sekitar khasnya sumber hutan dan juga air yang dikesan di
kawasan kajian. Kajian impak kegiatan manusia ke atas sumber
yang dibuat di kaki Gunung Jerai melalui trek Tangga Kenari
memperlihatkan sedikit sebanyak impak negatif akibat daripada
aktiviti manusia. Demikian juga kesan negatif kegiatan manusia
yang dilihat di cawangan Sungai Kunyit di Gurun yang telah
menjejaskan potensi sumber air sebagai sumber semula jadi di
kawasan berkenaan.
Dalam perbandingan di kedua-dua lokasi
kawasan kajian, terdapat satu persamaan yang nyata kesan negatif
kegiatan manusia terhadap sumber alam khas sumber air iaitu
seolah-olah sungai menjadi agen pengangkutan pelupusan
bahan-bahan buangan bukan organik daripada kawasan petempatan
sekaligus pada masa yang sama ia merubah pandang darat fizikal
sesuatu kawasan.
Oleh itu, adalah menjadi satu harapan agar
hasil kajian projek ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan
kesedaran di kalangan penduduk setempat termasuk semua pihak
supaya menjaga sumber alam semula jadi khasnya sumber air dan
hutan sebagai simpanan sumber berharga untuk masa hadapan.